Abstract
Pada tahun 2011 , saya menyertai UiTM melalui Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) di mana terdapat dua aliran untuk program tersebut pada masa itu, iaitu Pra Perdagangan dan Pra Sains. Saya telah memilih aliran sains dengan pengkhususan dalam bidang sains fizikal. Saya bersyukur di atas cabaran yang saya lalui sepanjang pembelajaran saya. Masih saya ingat saat pertama kalinya menjejakkan kaki ke UiTM tanpa mengenali sesiapa dan perlu bergerak sendiri semasa pendaftaran kursus. Selain berjauhan dengan keluarga, saya juga sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di alam universiti kerana banyak perbezaan berbanding dengan peringkat persekolahan. Contohnya, dari segi pengurusan jadual kuliah, aspek ini telah menyedarkan saya betapa pentingnya untuk seorang pelajar mengendalikan masa dengan baik. Walaupun mempunyai tugasan yang banyak, saya dapat menyelesaikan tugasan tersebut dalam masa yang singkat. Namun begitu, saya juga menghadapi cabaran seperti sukar untuk membiasakan diri berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan para pensyarah dan kadang-kadang mengalami kekangan wang. Walau bagaimanapun, cabaran-cabaran ini telah menjadi petunjuk bagi saya untuk memperbaiki prestasi di arena akademik.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ch'ng, Looi Chin UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM Sarawak Bulletin |
| ISSN: | 2232-1578 |
| Keywords: | MDAB, bumiputera |
| Date: | January 2016 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125023 |
