Abstract
Pada 10 Januari 2025, Encik Ahmad Fadzlan Mohamed Shahiri telah dijemput sebagai penceramah bagi Sesi Pengajaran Kolaboratif untuk kursus MAT455 (Further Calculus for Engineers) yang dianjurkan oleh Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang. Sesi ini diadakan secara dalam talian dan bertajuk Calculus as the Language of Engineering: Bridging the Gap Between Theory and Practice. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pelajar kejuruteraan dalam aplikasi kalkulus dalam bidang kejuruteraan. Pihak JSKM menyatakan penghargaan tinggi terhadap perkongsian yang diberikan oleh Encik Ahmad Fadzlan. Penyampaian beliau yang jelas dan menarik telah membantu pelajar memahami konsep kalkulus dengan lebih baik serta menghubungkannya dengan aplikasi praktikal dalam industri kejuruteraan. Keupayaan beliau dalam menjelaskan teori dengan contoh dunia sebenar telah memberikan manfaat besar kepada para pelajar. Sebagai seorang jurutera mekanikal di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, sumbangan Encik Ahmad Fadzlan dalam sesi ini mencerminkan komitmen beliau terhadap bidang pendidikan serta kesediaan berkongsi ilmu dengan generasi baharu jurutera. Dedikasi beliau turut membantu UiTM dalam merealisasikan visinya untuk menjadi sebuah universiti bertaraf antarabangsa melalui kolaborasi akademik yang berkualiti.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED Chief Editor Othman, Jamal UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
| ISSN: | 2637-0077 |
| Keywords: | Engineering, Kolaborasi, Akademik |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124890 |
