Abstract
Majlis Apresiasi Staf, Penghargaan OpIIC2024 & Majlis Lambaian Kasih JSKM 2025 telah diadakan bagi menghargai sumbangan staf Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM), UiTM Cawangan Pulau Pinang. Program ini bertujuan mengiktiraf pencapaian staf dalam mencapai KPI jabatan serta meraikan perpisahan Ts Dr Rozita Kadar yang akan menamatkan perkhidmatan pada penghujung Februari 2025. Majlis ini juga menjadi platform untuk mengenalpasti staf yang berpotensi dan memberikan motivasi kepada mereka untuk terus berusaha menaikkan nama jabatan dan kampus. Majlis ini melibatkan semua staf JSKM, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media, UiTM Cawangan Pulau Pinang. Tentatif program bermula dengan ketibaan staf, ucapan aluan dan bacaan doa, diikuti dengan majlis penganugerahan serta Majlis Lambaian Kasih untuk meraikan Dr Rozita. Sesi ini turut disertai dengan penyampaian cenderahati, upacara potong kek serta sesi bergambar dan jamuan, sebelum majlis bersurai pada pukul 2 petang. Beberapa anugerah baru telah diberikan kali ini iaitu Anugerah Pengerak Produktiviti (Perakuan atas sumbangan dan kecekapan tinggi staf), Anugerah Nilai Murni dan Versatiliti (Perakuan atas fleksibiliti dan nilai sumbangan staf) dan Anugerah Semangat Juang (Menekankan kekuatan dalaman dan keupayaan staf untuk bangkit semula).
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED Chief Editor Othman, Jamal UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
| ISSN: | 2637-0077 |
| Keywords: | Apresiasi staf, Motivasi, Pengerak produktiviti |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124888 |
