Aktivis masyarakat santuni asnaf: Puan Zarina Mohd Nawawi

Alias, Noor Rahmawati and Mokhtar, Siti Aishah and Abdullah, Wafa Razanah and Abdullah, Intan Nabilla (2023) Aktivis masyarakat santuni asnaf: Puan Zarina Mohd Nawawi. Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM), 1 (1): 2. pp. 10-17. ISSN 29763967

Official URL: https://journal.academicapress.org/aps/index.php/j...

Identification Number (DOI): 10.64382

Abstract

Temu ramah ini dilakukan dengan seorang tokoh kebajikan cakna NGI, Puan Zarina Mohd Nawawi yang telah menyumbangkan banyak masa dan tenaga di dalam penubuhan Dapur Ramadan bagi membantu masyarakat yang memerlukan. Wawancara ini hanya dilakukan melalui panggilan telefon disebabkan oleh penularan wabak yang berlaku di Malaysia yang memerlukan kita untuk menjaga penjarakan sosial. Puan Zarina Mohd Nawawi yang berasal dari Bukit Gading, Tanah Merah Kelantan merupakan seorang aktivis yang sangat aktif menggerakkan beberapa inisiatif kebajikan melalui Dapur Ramadhan beliau. Antaranya ialah pembuatan produk ketupat palas sejuk beku yang dihasilkan oleh sepuluh (10) orang pekerja yang dipilih dari kalangan asnaf. Selain itu, beliau juga telah munubuhkan Dapur Ramadhan Mart iaitu kedai runcit yang juga merupakan transit simpanan barang-barang keperluan yang seperti makanan, keperluan dapur, serta keperluan asas lain yang disumbangkan oleh individu dan NGO. Usaha ini membolehkan asnaf fakir dan miskin dibantu secara tidak langsung. Hasil penjualan ketupat dan sumbangan dari rakan Facebook akan digunakan untuk membayar upah pekerja dan menyediakan 350 bungkus nasi untuk diedarkan kepada anak-anak asnaf di lapan buah sekolah di bawah program "Jamu Makan Pelajar Asnaf". Puan Zarina telah dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Kebajikan Cakna (Kategori NGI Cakna) sempena Hari Kebajikan Negeri Kelantan 2020. Beliau juga merupakan ibu tunggal yang tabah membesarkan dua (2) orang anak lelaki. Pelbagai ujian dan cabaran yang dihadapi oleh Puan Zarina namun beliau terus bersemangat untuk membantu masyarakat yang memerlukan dan semoga ini dapat menjadi inspirasi kepada semua orang.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Alias, Noor Rahmawati
rahmawati@uitm.edu.my
Mokhtar, Siti Aishah
aishah835@uitm.edu.my
Abdullah, Wafa Razanah
razanahwafa99@gmail.com
Abdullah, Intan Nabilla
intannabilla14@gmail.com
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Social service. Social work. Charity organization and practice
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM)
ISSN: 29763967
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 10-17
Related URLs:
Keywords: Charities, Islamic relief, Women social workers
Date: 7 May 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124846
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 124846.pdf] Text
124846.pdf

Download (409kB)

ID Number

124846

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details