Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat kepemimpinan Ibu Soko berdasarkan kerangka konsep Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Pentadbiran yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1985. Sebagai ketua wanita dalam masyarakat Adat Perpatih, Ibu Soko memainkan peranan yang besar dalam mensejahterakan dan mengharmonikan masyarakat. Dasar ini bertujuan untuk memasukkan unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti nilai-nilai Islam dalam kepemimpinan Ibu Soko sebagai pemimpin wanita dalam pentadbiran masayarakat Adat Perpatih. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesemua 11 nilai yang terdapat dalam dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran yang diperkenalkan oleh kerajaan telah diamalkan dan diguna pakai oleh Ibu Soko dalam pentadbiran mereka sebagai pemimpin wanita dalam masyarakat. Hal ini membuktikan bahawa dalam pentadbiran Ibu Soko telah wujud nilai-nilai Islam sejak lama dahulu. Sebagai pemimpin, Ibu Soko memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat yang harmoni, adil dan sejahtera dengan menanamkan nilai-nilai Islam dalam setiap aspek pentadbiran. Kesimpulannya, kepemimpinan yang menerapkan nilai Islam dapat membina sebuah pentadbiran yang bukan sahaja efisien, tetapi mampu membawa kepada keadilan sosial, kejujuran, kebajikan masyarakat, keamanan dan keselamatan serta pembangunan seimbang. Secara tidak langsung dapat menjadi contoh dalam melahirkan pemimpin yang berwibawa serta membawa kesejahteraan kepada rakyat dan generasi akan datang.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Samsir, Sri Qamariah sriqamariah@uitm.edu.my |
| Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Customs relative to special classes H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > Women. Feminism > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Art and Design |
| Journal or Publication Title: | Idealogy Journal |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Idealogy Journal (IdJ) |
| ISSN: | 2550-214X |
| Volume: | 10 |
| Number: | 2 |
| Page Range: | pp. 195-203 |
| Keywords: | Dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran, Kepemimpinan Ibu Soko; Nilai Islam |
| Date: | September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124807 |
