Pembangunan wilayah: relevankah penubuhan semula Lembaga Kemajuan Wilayah Pahang Tenggara dan Jengka?

Rakawi, Aswari and Mohamad, Zaraurah and Mohd Farizi, Nur Farahin Fazliana (2024) Pembangunan wilayah: relevankah penubuhan semula Lembaga Kemajuan Wilayah Pahang Tenggara dan Jengka? Journal of Administrative Science, 21 (1): 1. pp. 1-14. ISSN 2600-9374

Official URL: https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/JAS

Identification Number (DOI): 0.24191/jas.v22i1.3763

Abstract

Penubuhan Lembaga Kemajuan Wilayah Pahang Tenggara (DARA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) merupakan satu strategi pembangunan terancang kerajaan bagi mempercepatkan pembangunan wilayah mundur di negeri Pahang ke arah mencapai keseimbangan pembangunan antara wilayah. Namun begitu, kedua-dua agensi DARA dan LKWJ telah dibubarkan secara rasmi pada tahun 2000. Objektif kajian ini bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat keperluan untuk menubuhkan semula agensi DARA dan LKWJ. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Data primer diperoleh daripada kajian perbincangan kumpulan fokus dan temubual berstruktur bersama 64 orang yang terlibat secara langsung dalam pembangunan wilayah sebelum, semasa dan selepas pembubaran. Manakala sumber data sekunder diperoleh daripada dokumen dan laporan pembangunan wilayah sedia ada. Data kajian ini seterusnya dinilai menggunakan kaedah Multi Criteria Decision Making (MCDM) berdasarkan 6 kriteria utama iaitu sosioekonomi, pembangunan fizikal, peruntukan pembangunan, perbandingan dengan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) lain, pandangan pihak berkepentingan serta perundangan dan tadbir urus. Hasil kajian menunjukkan bahawa tiada keperluan untuk menubuhkan semula kedua-dua agensi tersebut.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Rakawi, Aswari
UNSPECIFIED
Mohamad, Zaraurah
UNSPECIFIED
Mohd Farizi, Nur Farahin Fazliana
UNSPECIFIED
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
J Political Science > JS Local government. Municipal government
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Journal of Administrative Science
UiTM Journal Collections: UiTM Journals > Journal of Administrative Science (JAS)
ISSN: 2600-9374
Volume: 21
Number: 1
Page Range: pp. 1-14
Keywords: Pembangunan wilayah, penubuhan semula agensi, DARA, LKWJ, pembangunan luar bandar
Date: April 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124670
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 124670.pdf] Text
124670.pdf

Download (175kB)

ID Number

124670

Indexing

Altmetric
PlumX

Statistic

Statistic details