Sinergi ilmu: kolaborasi bersama UKM dalam pengajaran kajian metodologi dalam penyelidikan

Mohd Roshdi, Farrah Rina (2025) Sinergi ilmu: kolaborasi bersama UKM dalam pengajaran kajian metodologi dalam penyelidikan. Bulletin. Universiti Teknologi MARA.

Abstract

SERI ISKANDAR, 12 Jun 2025 – Pengajaran dan pembelajaran kolaboratif telah diadakan bagi pelajar Program Master of Science in Green Architecture, Pusat Pascasiswazah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar. Program ini melibatkan kolaborasi bersama seorang Pensyarah Kanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Perkongsian ilmu tentang Kajian Metodologi di dalam Penyelidikan diberikan oleh Prof. Madya Dr Azlan Abas kepada para pelajar pengajian di peringkat Sarjana yang bakal menduduki sesi pembentangan Interim pada semester Mac-Ogos 2025. Program yang bermula pada jam 8 malam dan berakhir pada jam 9.30 malam secara di dalam talian ini dihadiri oleh 15 bakal graduan peringkat Sarjana. Pengajaran kolaboratif ini menggunakan Model 2, iaitu dari individu yang berkepakaran dengan fokus pada kaedah penyampaian. Penekanan kolaborasi ini adalah bertujuan memberi susunan semula bahagian Metodologi Penyelidikan semasa untuk memastikan penjajaran yang lebih baik dengan pengetahuan yang dikongsi oleh penceramah jemputan berkaitan dengan bidang kajian pelajar. Program ini berjaya mencapai sinergi kepakaran, pengoptimuman sumber dari segi masa, kos,dan perkongsian ilmu, serta meningkatkan kefahaman para pelajar terhadap hala tuju pengajian dengan perkara-perkara 1) Clarity 2) Reliability di dalam bidang kajian di peringkat Sarjana.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Roshdi, Farrah Rina
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak
Programme: Bachelor of Science Construction Technology
Journal or Publication Title: UiTM NEWS HUB
Keywords: Kolaborasi akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kajian metodologi
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124616
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 124616.pdf] Text
124616.pdf

Download (1MB)

ID Number

124616

Indexing

Statistic

Statistic details