Abstract
Pada 5 Julai 2025, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM Shah Alam telah mengadakan Program Kembara Masjid UiTM Shah Alam ke Surau Nurul Iman, Kampung Parit 12, Sungai Nibong, Sekinchan. Menerusi program ini satu Kursus Pengurusan Jenazah telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau Nurul Iman dengan kerjasama Masjid UiTM Shah Alam dan Bahagian Pengurusan Harta Mal, Majlis Agama Islam Selangor, MAIS. Program disertai kira-kira 60 orang peserta ini, terdiri daripada ahli kariah surau dan anak -anak muda sekitar kampung. Sesi ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Fadhil bin Said, Eksekutif Teknikal, Unit Operasi, Bahagian Harta Baitulmal (MAIS) dengan tajuk Pengurusan Harta Pusaka diikuti ceramah Pengenalan dan Teknik Pengurusan Jenazah oleh Ustaz Ismail bin Hashim, Pengawai Eksekutif (HEI), Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI), UiTM Shah Alam dan seterusnya sesi praktikal bimbingan Ustaz Mohd Bakri Aminuddin, Bilal Kanan Masjid UiTM Shah Alam serta dibantu oleh wakil Sahabat Masjid UiTM Shah Alam. Turut hadir Ustaz Abdul Mutalib Jamil, Timbalan Pengarah 2 BHEI mewakili Ybhg Pengarah BHEI, Encik Abdullah Shuhaimi bin Saad, Pengerusi Jawatankuasa Komuniti Madani, Kampung Parit 12, Encik Ishak bin Haji Saleh, Pengerusi MPKK, Kampung Parit 12 Dan Encik Abdul Latif bin Abdullah, Pengerusi Surau Nurul Iman. Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh seluruh Jawatankuasa Surau Nurul Iman, jawatankuasa kampung serta penduduk Kampung Parit 12 dalam penganjuran Kembara Masjid pada kali ini. Semoga kerjasama menerusi sumbangan kepakaran ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dalam merealisasikan misi Greater Masjid UiTM Shah Alam. Semoga program ini dapat memberi manfaat yang besar kepada masyarakat seterusnya beroleh ganjaran besar dari Allah S.W.T.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Bahagian Hal Ehwal Islam UNSPECIFIED |
| Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z Book (General). Writing. Paleography. Book industries and trade. Libraries. Bibliography > Libraries > Collections Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography > The collections. The books |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Bahagian Hal Ehwal Islam |
| Journal or Publication Title: | Buletin Jiwa Muttaqin |
| Keywords: | Buletin, Jiwa Muttaqin, BHEI, Pengurusan jenazah |
| Date: | July 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124574 |
