Abstract
Pada 3 Julai 2025, Bahagian Hal Ehwal Islam telah menganjurkan Halaqah Ilmu Perdana siri 3. Program ini merupakan anjuran Kolej Kediaman Perindu dengan kerjasama Majlis Pengetua dan Bahagian Hal Ehwal Islam serta Kolej-Kolej Kediaman UiTM Shah Alam dan Non Residen. Program ini menghimpunkan seluruh mahasiswa UiTM Shah Alam khususnya yang berada di kolej kediaman dan amnya mahasiswa UiTM Shah Alam. Program ini merupakan program wajib setiap semester dalam memohon keberkatan sebelum menduduki peperiksaan akhir. Timbalan Naib Canselor (HEP), Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi turut memberikan kata-kata semangat dalam ucapan beliau, khusus untuk mahasiswa dan mahasiswi sebelum menempuh peperiksaan akhir yang akan tiba tidak lama lagi. Program ini juga turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar, Prof. Madya ChM Dr. Hj. Mohammad Noor Jalil, Timbalan Pendaftar (Hal Ehwal Islam), Ustaz Abdul Mutalib Abd Jamil, Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman dan Non-Residen. serta Staf Pengurusan Kolej, Staf Residen Kolej dan Staf Non Residen. Program ini diharapkan menjadi wadah mahasiswa dan seluruh warga UiTM untuk mendekatkan diri kita dengan Sang Pencipta di samping mengukuhkan rohani dalam diri insan berkelas Islam bagi seluruh warga UiTM.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Bahagian Hal Ehwal Islam UNSPECIFIED |
| Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z Book (General). Writing. Paleography. Book industries and trade. Libraries. Bibliography > Libraries > Collections Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography > The collections. The books |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Bahagian Hal Ehwal Islam |
| Journal or Publication Title: | Buletin Jiwa Muttaqin |
| Keywords: | Buletin, Jiwa Muttaqin, BHEI, Halaqah |
| Date: | July 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124573 |
