Abstract
Universiti Teknologi MARA UiTM Shah Alam telah berjaya melaksanakan International Community Outreach Programme @ Riau Indonesia: Menelusuri Jejak Adiwangsa. Program berkenaan telah diadakan pada 27 hingga 30 Jun 2025 di Pulau Batam dan juga Pulau Lingga. Program berkenaan dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam UiTM dengan kerjasama Unit Pengurusan Non Residen UiTM, Pusat Residensi dan Hospitaliti Pelajar UiTM dan Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam Melaka. Antara pengisian program yang dilaksanakan adalah kunjung hormat dan dialog antara pihak UiTM dan Quranic Centre di Batam, kunjung hormat ke Lembaga Adat Melayu Kabupaten Lingga, khidmat komuniti buat masyarakat kampung di Desa Resun, Daik. Pihak UiTM telah menerima sambutan yang sangat memberangsangkan daripada masyarakat Melayu Islam di sana terutama daripada pihak Lembaga Adat Melayu Kabupaten Lingga dan perwakilan Pemerintah Daerah Kabupaten Lingga. Mahasiswa UiTM yang mengikuti program berpeluang menimba pengetahuan dan pengalaman yang bermanfaat termasuklah berpeluang untuk melaksanakan khidmat komuniti kepada masyarakat desa menerusi modul Fardu Ain dan penulisan Jawi, selain didedahkan dengan amalan adat dan budaya masyarakat Melayu Islam kepulauan Riau yang masih kekal diamalkan di sana. Antaranya pertuturan dalam Bahasa Melayu, adat berpantun, adat menerima tetamu, adat berpakaian baju kurung dan baju Melayu, adat makan berhidang, adat perkahwinan Melayu, dan pelbagai lagi. Semoga kerjasama program dan aktiviti berkaitan agama Islam, adat & kebudayaan dapat diperkukuhkan lagi di masa akan datang.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Manual) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Bahagian Hal Ehwal Islam UNSPECIFIED |
| Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z Book (General). Writing. Paleography. Book industries and trade. Libraries. Bibliography > Libraries > Collections Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography > The collections. The books |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Bahagian Hal Ehwal Islam |
| Journal or Publication Title: | Buletin Jiwa Muttaqin |
| Keywords: | Buletin, Jiwa Muttaqin, BHEI, International Community Outreach |
| Date: | July 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124572 |
