Abstract
Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia dengan dengan anggaran penduduk seramai 2.5 juta. Jumlah ini merangkumi pelbagai kaum dan etnik antaranya Melayu, Melanau, Iban, Kadazan, Dusun, Bidayuh, Cina, India dan sebagainya. Kepelbagaian kaum yang ada menunjukkan wujudnya pelbagai bahasa ibunda yang berbeza. Kepelbagaian ini membawa kepada kemungkinan masyarakat untuk membuat pilihan bahasa sebagai alat perhubungan dan komunikasi antara mereka. Bahasa yang dipilih biasanya bahasa yang banyak digunakan dan difahami oleh kebanyakan anggota masyarakat. Bagi menguji pemilihan bahasa yang berlaku, kajian ini hanya menumpukan satu kumpulan kaum sahaja. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti pemilihan bahasa dalam kalangan murid Melanau di sekitar kawasan Mukah, Sarawak serta menganalisis faktor yang mempengaruhi pemilihan bahasa mereka. Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif melaui pendekatan kuantitatif dengan berpandukan set soalan soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden kajian adalah seramai 65 orang yang terdiri daripada murid-murid Melanau yang berusia dalam lingkungan umur 15 hingga 18 tahun dan bersekolah di sekolah jenis kebangsaan di kawasan Mukah, Sarawak. Dapatan kajian dianalisis berpandukan konsep domain oleh Fishman (1972). Hasil kajian mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Melanau menjadi pilihan paling dominan dalam kalangan murid-murid Melanau di sekolah kebangsaan di kawasan Mukah, Sarawak. Dapatan kajian juga menunjukkan pola pemilihan bahasa yang digunakan dipengaruhi faktor hubungan, persekitaran dan kandungan bagi mencapai tujuan komunikasi iaitu menyampaikan mesej yang jelas antara individu dalam sesuatu persitiwa bahasa atau komunikasi.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Damsik, Juliana UNSPECIFIED Pelet, Mohamad Nik Mat UNSPECIFIED Salleh, Noor Saadah UNSPECIFIED Harijaman, Norita UNSPECIFIED Sarudin, Anida UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Basarudin, Noor Ashikin UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities (EJSSH) |
ISSN: | 2600-7274 |
Volume: | 9 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 154-168 |
Keywords: | Bahasa, Murid-murid, Melanau |
Date: | September 2025 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124556 |