Perbincangan strategik bersama NGO

UiTM, Bahagian Hal Ehwal Islam (2025) Perbincangan strategik bersama NGO. Bulletin. Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa, Shah Alam.

Abstract

Pada 10 Julai 202, satu sesi perbincangan strategik telah diadakan antara Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI), UiTM Shah Alam dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi membincangkan pelaksanaan program-program kerohanian dan pembangunan akademik di kampus UiTM Shah Alam. Perbincangan ini diadakan bagi meneroka ruang kerjasama dalam merancang program ilmiah, pengukuhan akidah, serta inisiatif memperkasa sahsiah mahasiswa melalui pendekatan dakwah berstruktur. Antara perkara utama yang dibincangkan ialah pelaksaan program sambutan Maulidur Rasul dan beberapa program yang akan dilaksanakan. Pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diwakili oleh Ustaz Ahmad bin Shahadan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan UiTM dalam menyampaikan dakwah yang berkesan kepada komuniti kampus, terutamanya generasi muda. Menurut Timbalan Pengarah Kanan BHEI, kerjasama ini diharapkan dapat memperkukuh peranan masjid UiTM Shah Alam sebagai pusat pembangunan sahsiah dan ilmu, seiring dengan objektif UiTM untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga seimbang dari aspek kerohanian.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Bahagian Hal Ehwal Islam
UNSPECIFIED
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z Book (General). Writing. Paleography. Book industries and trade. Libraries. Bibliography > Libraries > Collections
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography > The collections. The books
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Bahagian Hal Ehwal Islam
Journal or Publication Title: Buletin Jiwa Muttaqin
Keywords: Buletin, Jiwa Muttaqin, BHEI, NGO
Date: July 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124554
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 124554.pdf] Text
124554.pdf

Download (567kB)

ID Number

124554

Indexing

Statistic

Statistic details