Abstract
Kesalahan matrimoni merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh suami atau isteri yang bercanggah dengan hukum syarak dan peruntukan undang-undang kekeluargaan Islam. Kajian ini meneliti peruntukan undang-undang berkaitan kesalahan matrimoni, khususnya berkaitan pengabaian nafkah, penderaan dalam perkahwinan, kegagalan memenuhi tanggungjawab hubungan suami isteri (ila’), ketidakadilan dalam poligami, dan ketidaktaatan isteri (nusyuz). Kajian ini meneroka ruang lingkup kesalahan matrimoni dengan memberi tumpuan kepada definisi, pelaksanaan peruntukan serta remedi yang diperuntukkan di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Menggunakan metodologi kualitatif, kajian ini menjalankan analisis kandungan terhadap teks-teks perundangan terpilih berserta penelitian wacana fiqh dan akademik bagi mendapatkan dapatan yang tepat. Struktur perundangan yang sedia ada adalah selari dengan maqasid al-shariah dalam menjamin institusi keluarga dan menawarkan penyelesaian yang adil dan saksama melalui proses kehakiman di Mahkamah Syariah. Oleh itu, kajian ini menyumbang kepada pemahaman isu-isu berkaitan kesalahan perkahwinan dalam sistem perundangan Islam dan menegaskan kepentingan pelaksanaan yang berkesan terhadap undang-undang sedia ada demi kesejahteraan dan kebajikan keluarga
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Sabarudin, Shadli UNSPECIFIED Mohd Nor, Aishah UNSPECIFIED Tajul Urus, Nur Sarah UNSPECIFIED Sulaiman, Nursyafiah UNSPECIFIED |
| Subjects: | K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Domestic relations (Islamic law). Family law K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Domestic relations (Islamic law). Family law > Marriage (Islamic law). Nikāḥ. Zawāj. نكاح. زواج |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS) |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS) |
| ISSN: | 0128-0902 |
| Volume: | 11 |
| Number: | Issue2 |
| Page Range: | pp. 1-19 |
| Keywords: | Undang-undang keluarga Islam, Malaysia, Matrimoni |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124503 |
