Abstract
Kawasan rekreasi telah menjadi satu keperluan hidup bagi
manusia terutama bagi penduduk di kawasan bandar.
Manusia di zaman dahulu tidak mementingkan aktiviti
rekreasi kerana kehidupan hariannya dipenuhi dengan
bekerja. Tetapi buat masa ini ke semua sikap yang
terdapat di zaman dahulu terhadap masa lapang telah
berubah dan orang ramai mula mengisi masa lapang dengan
berekreasi. Ini menyebabkan permintaan terhadap kawasan
rekreasi semakin bertambah dan ia telah menjadi
sebahagian daripada pendapatan negara dari sektor
pelancongan.
Oleh itu Pihak Kerajaan perlu menekankan terhadap sektor
pelancongan dengan memajukan kawasan-kawasan rekreasi
yang mempunyai potensi untuk dibangunkan . Dalam
menjadikan satu kawasan tasik sebagai kawasan rekreasi,
perancangan dan pengurusan adalah perlu supaya sesebuah
taman rekreasi itu berjaya. Penyediaan kemudahan
-kemudahan untuk berekreasi merupakan satu faktor yanrg
terpenting di dalam menjamin sesebuah kawasan rekreasi
tersebut mendapat sambutan dari pengunjung. Perancangan
aktiviti-aktiviti di dalam sesebuah kawasan rekreasi
adalah satu perkara yang perlu diberi perhatian bagi
memberikan kepuasan yang maksima kepada pengunjung
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Che Ku Rozita, Che Ku Daud UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Outdoor life. Outdoor recreation |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Rekreasi; Taman Tasik Bukit Besi; Pelancongan |
Date: | 1993 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1245 |
Download
PPd_CHE KU ROZITA CHE KU DAUD AP 93_5.pdf
Download (0B)