Islam sebagai agama anti-muzium: suatu analisa

Kahal, Siti Maimunah and Opir, Hajar and Abdul Rahim, Rahimin Affandi and Yahaya, Amiratul Munirah and Abdullah, Wan Yusnee and Mahaiyadin, Mohd Hapiz (2022) Islam sebagai agama anti-muzium: suatu analisa. Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 8 (Issue3): 13. pp. 319-340. ISSN 0128-0902
Abstract

Di zaman moden ini, disiplin muzium dipandang paling dinamik yang terbukti dengan penubuhan Persatuan Muzium Antarabangsa (ICOM). Ia telah dianggotai oleh majoriti negara di seluruh dunia. Selain menjadi tempat pameran dan menyimpan khazanah sesebuah bangsa, muzium juga dijadikan sebagai sebuah institusi pendidikan yang penting. Namun begitu, dalam Islam terdapat golongan yang mengambil sikap anti pada institusi muzium. Ironinya, sikap anti-muzium ini diamalkan oleh golongan Salafi Jihad yang mendakwa mereka adalah penganut Islam ortodok (dikaitkan dengan penguasaan Kota Mekah). Oleh kerana itu, sesetengah penganut Islam menganggap ia mewakili ajaran Islam yang sejati. Anti-muzium di sini bermaksud menentang keras pada muzium sebagai institusi dan fungsionalnya yang membabitkan tiga (3) perkara iaitu menjaga, mengkaji dan mempamerkan warisan sejarah ketara dan tidak ketara. Justeru, objektif kajian adalah untuk mengaplikasikan pendekatan wasatiyyah dengan menganalisis hujah golongan anti-muzium yang berteraskan kepada falsafah iconoclasm dan salafi jihad. Ia juga bertujuan untuk menolak hujah pendekatan anti-muzium yang akan menggunakan kaedah kualitatif dan memfokuskan kepada reka bentuk kajian kes. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunapakai kaedah kajian kepustakaan bagi mengumpulkan data primeri dan sekunder berkaitan muzium. Analisa kajian pula menggunapakai metode analisa kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa Islam tidak menolak institusi muzium secara total dan bukanlah agama yang anti kepada muzium.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 124464.pdf]
Text
124464.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics