Abstract
Johor terkenal dengan kepelbagaian sungainya yang bukan sahaja indah dipandang, malah penuh dengan nilai sejarah dan budaya. Terdapat lebih daripada lima puluh sungai di negeri ini, namun antara yang utama ialah Sungai Johor, Sungai Muar, Sungai Pulai, Sungai Batu Pahat, Sungai Endau, Sungai Sedili Besar, Sungai Sedili Kecil, Sungai Tebrau, Sungai Skudai, dan Sungai Layang. Sungaisungai ini telah menjadi nadi kehidupan masyarakat sejak berzaman, berfungsi sebagai laluan perdagangan, sumber air, serta kawasan penempatan yang penting bagi komuniti setempat. Selain itu, sungai-sungai di Johor turut membentuk ekosistem yang kaya dengan flora dan fauna, di samping menyumbang kepada kegiatan ekonomi seperti pertanian, perikanan, dan penternakan. Pada masa yang sama, sungai-sungai ini juga menawarkan daya tarikan pelancongan serta rekreasi, termasuk aktiviti memancing, berkayak, dan river cruise. Hingga ke hari ini, sungai masih memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi, sosial, dan budaya Johor, menjadikannya sebahagian daripada khazanah alam yang wajar dipelihara.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zaidee, Zarifah Kamilah UNSPECIFIED Abd Rahim, Nur Ain Zulaikha UNSPECIFIED Yusni, Nurul Aina UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Muhammad, Idris 210599 |
Subjects: | T Technology > TC Hydraulic engineering. Ocean engineering > River, lake, and water-supply engineering |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > Perpustakaan Tun Dr. Ismail |
Keywords: | River, Johor |
Date: | 2025 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124403 |