Abstract
Bicara Santai Kewangan Siri 1:
Ariff: Assalamualaikum Puan Rosbi. Saya ex student puan dulu. Saya grad enam tahun lepas. Saya nak tanya pendapat puan sikit tentang personal loan.
Puan Rosbi: Waalaikummussalam. Ariff kerja kat Jabatan Akauntan Negara kan? Macam mana life sekarang? Ariff dah ada anak ke?
Ariff: Betul Puan. Saya dah ada anak dua sekarang. Saya ada keperluan nak renovate rumah. Kos renovation dalam RM10,000. Puan rasa ok tak kalau saya nak buat personal loan dalam RM30,000…baki loan tu saya nak buat spare supaya boleh bernafas sikit…tak tight sangat budget setiap bulan.
Puan Rosbi: Pendapat saya, habit membuat personal loan ni habit yang tak baik. Ramai orang yang menghadapi masalah kewangan akan memikirkan solusi dengan membuat pinjaman peribadi. Saya nak kongsi kisah seorang kawan saya yang buat personal loan. Dia kata masa dapat duit selonggok tu, dia rasa gembira. Lepas tu pembaziran mula berlaku iaitu dia mula berbelanja untuk benda-benda yang bukan kecemasan. Sesalan mula datang bila perlu membayar balik setiap bulan untuk satu tempoh yang lama. 34 Untuk mereka yang masih muda, sangat perlu untuk disiplinkan diri dan amalkan pengurusan kewangan yang betul. Kita mesti belajar hidup dengan pendapatan yang ada. Bila kita hidup lebih dari pendapatan bulanan, kita akan beransur-ansur menghadapi masalah kewangan setiap bulan. Saya ada sorang kawan yang suka menampal lebihan perbelanjaannya dengan kad kredit. Bila satu kad sudah maksimum, dia ambil kad kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Hidup dia penuh stress setiap kali sampai bil kad kredit. Akhirnya, kesemua kad dia disekat sebab tak bayar dan kena istihar bankrap. Seorang kawan lain pula dapat duit KWSP dalam jumlah yang banyak. Untuk tempoh dua atau tiga tahun, dia hidup dengan sangat mewah tetapi lepas tu duit dia dah hampir habis. Saya tak tahu lah macam mana dia nak jalani hidup masa hari tua dia nanti. Nak kerja balik pun susah sebab dah tua. Tapi tetap perlu duit untuk meneruskan hidup sedangkan dia dah tiada simpanan. Sebab itu pakar kewangan cadangkan, bila terima saja gaji, perkara pertama yang perlu dibuat adalah keluarkan 20% dan masukkan dalam tabung simpanan tetap. Lepas tu hidup dengan baki 80% tu sahaja. Saya nak tanya Ariff ada buat simpanan kecemasan tak?
Ariff: Tak ada puan. Banyak komitmen keluarga…lagipun isteri saya tak kerja.
Puan Rosbi: Ariff baru saja naik gaji 8% Disember lepas kan? Selain dari tu, kakitangan kerajaan juga ada kenaikan gaji tetap setiap tahun. Bila ada kenaikan gaji ni, kalau kita tak ubah lifestyle kita, bermakna kita boleh letak semua kenaikan gaji tu pada simpanan. Kalau kita disiplin amalkan ini, bila berlaku kecemasan, kita dah ada duit backup untuk kecemasan tersebut. Sebolehnya cuba elakkan dari memilih jalan mudah iaitu dengan membuat personal loan yang akan menjerut kita untuk tempoh masa yg lama. Kalau tak silap saya Ariff, 60% dari individu muflis di Malaysia adalah daripada golongan muda yang berumur antara 25 hingga 44 tahun. Ramai dari mereka menjadi muflis akibat dari tabiat berbelanja melebihi pendapatan. Dari jumlah yang muflis ni, hampir separuh adalah akibat kegagalan membayar balik pinjaman peribadi dan pinjaman kenderaan. Ok ya Ariff, bermula sekarang, Ariff cuba mulakan simpanan kecemasan. Letak target untuk ada sekurang-kurangnya jumlah simpanan sebanyak tiga bulan gaji. Mula perlahan-lahan tetapi biar berterusan. Mungkin akan terasa sakit di awalnya tetapi bila Ariff dah dapat membina habit pengurusan kewangan yang betul ini, ianya akan sangat membantu menghilangkan stress kewangan Ariff.
Ariff: Terima kasih banyak puan.banyak ilmu saya dapat hari ni.
Puan Rosbi: Sama-sama. Saya doakan Ariff akan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed, Nor Hayati Samba yatisamba@uitm.edu.my Ishak, Rosbi UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HG Finance > Personal finance. Financial literacy H Social Sciences > HG Finance > Financial management. Business finance. Corporation finance |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Accountancy |
Journal or Publication Title: | Accounting Inkwell Quarterly |
ISSN: | 3030-5098 |
Volume: | 1 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 37-39 |
Related URLs: | |
Keywords: | Consumer credit, Financial literacy, Saving and investment |
Date: | 8 April 2025 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124372 |