Menyingkap perjalanan keilmuan sebuah dedikasi tanpa noktah

Tumiran @ Kamal Nasser, Siti Dalina (2025) Menyingkap perjalanan keilmuan sebuah dedikasi tanpa noktah. Accounting Inkwell Quarterly, 1 (1): 6. pp. 20-21. ISSN 3030-5098
Abstract

Seorang insan yang telah mencurahkan ilmu dan dedikasi selama lebih daripada dua dekad di UiTM, seorang pendidik yang penuh keikhlasan dan kesabaran. Itulah gambaran ringkas tentang Dr. Ruslaina Hj Yusoff. Lahir sebagai anak kelima daripada enam beradik dan kini merupakan ibu kepada dua cahaya mata, beliau bukan sekadar seorang pensyarah, tetapi juga dianggap sebagai mentor, dan idola kepada ramai pelajar serta rakan sejawat. Dengan pengalaman 27 tahun berkhidmat di UiTM, beliau telah menjadi sebahagian daripada perjalanan institusi ini. Pengalaman menyaksikan pelbagai perubahan dalam dunia akademik membolehkan beliau membimbing generasi pelapis dalam variasi bidang perakaunan terutama bidang Financial Accounting, Reporting, dan Corporate Governance. Pendidikan adalah pintu yang membuka peluang, dan Dr. Ruslaina telah menempuh perjalanan intelektual yang membanggakan. Beliau melengkapkan Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, dan akhirnya Ijazah Kedoktoran di dalam bidang perakaunan. Itulah bukti kegigihan serta semangatnya untuk terus menimba ilmu dan memberi manfaat kepada orang lain.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 124365.pdf]
Text
124365.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics