Abstract
Pada 12 Mei 2018 yang lalu, Program Pengurusan Pelancongan dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (HM111) telah berjaya menganjurkan sebuah bengkel kraftangan yang merupakan sebahagian daripada kursus HTT280 (Geography and Culture in Tourism). Bengkel tersebut telah berlangsung di Kampus 2 UiTM Samarahan dan disertai oleh 40 pelajar semester 2 dari Program Pengurusan Pelancongan. Bagi menjayakan lagi bengkel tersebut, dua orang pelatih kraftangan iaitu Puan Lipang dan Puan Lucille telah diundang untuk mengajar pelajar-pelajar tersebut tentang kraftangan. ISSUE Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang budaya dan tradisi warisan melalui kraftangan. Objektif kedua ialah untuk memberi pelajar pengalaman asas dalam menghasilkan kraftangan sendiri agar pengetahuan tersebut dapat digunakan dan diaplikasikan dalam aktiviti yang sama pada masa yang akan datang.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Hamarah, Cassandra Gracel UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM Sarawak Bulletin |
| ISSN: | 2232-1578 |
| Keywords: | bengkel, handicraft, budaya |
| Date: | July 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124291 |
