Pasca Covid-19: amalan lean dalam membantu usahawan belia Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Anuar, Azyyati and Sadek, Daing Maruak and Abd Hamid, Nur Zainie (2023) Pasca Covid-19: amalan lean dalam membantu usahawan belia Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Journal of Administrative Science, 20: 12. pp. 122-148. ISSN 2600-9374

Official URL: https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/JAS

Identification Number (DOI): 10.24191/jas.v22i1.3763

Abstract

COVID-19 pandemik telah memberi tamparan yang hebat terhadap semua rakyat di seluruh dunia termasuklah sektor perniagaan. Bukan sahaja perniagaan multinasional yang terjejas malah perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) juga turut terjejas. Lebih memilukan ialah apabila golongan belia yang baru sahaja tamat daripada belajar yang ingin menceburi bidang keusahawanan, mahupun golongan belia yang sedang mengusahakan perniagaan yang dibina. Walaupun COVID-19 masih lagi tiada tanda akan berakhir, namun usahawan belia perlu bangkit dan bertindak secara proaktif bagi mengatur strategi yang berkesan untuk memastikan perniagaan yang dijalankan akan terus bertahan. Antara strategi yang boleh digunapakai ialah dengan menggunakan lean sebagai satu pendekatan untuk memastikan perniagaan yang diusahakan dapat mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan oleh usahawan belia. Malah, pendekatan ini juga telah dipraktikkan di Malaysia. Namun, pendekatan ini didapati tidak digunakan secara meluas kerana pengetahuan tentang lean masih kurang dan pemahaman yang tidak jelas terhadap pelaksanaannya. Dalam konteks keusahawanan belia, adalah menjadi harapan kepada usahawan belia supaya lean dapat difahami secara jelas dan sekaligus dapat membantu dalam melaksanakan lean bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Justeru, bab ini akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang teknik-teknik lean yang boleh diaplikasikan untuk membantu usahawan belia dalam menjalankan perniagaan yang diusahakan supaya menjadi lebih kompetetif dan berdaya saing terutamanya dalam mendepani cabaran di era pasca COVID-19.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Anuar, Azyyati
UNSPECIFIED
Sadek, Daing Maruak
UNSPECIFIED
Abd Hamid, Nur Zainie
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Public policy (General). Policy sciences
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Journal of Administrative Science
UiTM Journal Collections: UiTM Journals > Journal of Administrative Science (JAS)
ISSN: 2600-9374
Volume: 20
Page Range: pp. 122-148
Keywords: Lean; COVID-19; usahawan muda, perusahaan kecil, sederhana
Date: March 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124280
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 124280.pdf] Text
124280.pdf

Download (329kB)

ID Number

124280

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details