Konsep pemulihan dalam kes jenayah syariah: analisis terhadap penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka

Abu Bakar, Mohd Arif Ariffin (2025) Konsep pemulihan dalam kes jenayah syariah: analisis terhadap penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka. PhD thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Pelaksanaan konsep pemulihan dalam penguatkuasaan adalah penting bagi keberkesanan dan pengukuhan terhadap sistem penguatkuasaan syariah. Pemulihan dalam penguatkuasaan jenayah syariah juga merupakan peluang kedua yang diberikan kepada orang yang disyaki (OYDS) melakukan kesalahan syariah supaya dapat memperbaiki diri agar dapat menjadi masyarakat yang patuh kepada hukum syarak dan undang-undang. Menurut Senarai Daftar Pesalah Syariah Negeri Melaka, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka bagi tahun 2015 hingga 2019, terdapat 68 pesalah berulang melakukan kesalahan syariah yang melibatkan kesalahankesalahan dibawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 seperti menjual makanan dan makan dalam bulan Ramadan (seksyen 49) meminum minuman yang memabukkan (seksyen 50), bersekediaman (seksyen 53), kesalahan hamil atau melahirkan anak luar nikah (seksyen 54), kesalahan subahat persetubuhan haram (seksyen 55), perbuatan tidak sopan (seksyen 71), lelaki berlagak seperti perempuan (seksyen 72), melacurkan diri (seksyen 75) dan berjudi (seksyen 81). Selain itu adalah kesalahan yang melibatkan pungutan tidak sah di bawah seksyen 89. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep atau bentuk pemulihan jenayah syariah Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) terhadap OYDS di Negeri Melaka. Kajian ini merupakan kajian gabungan kuantitatif dan kualitatif yang menggunakan kaedah soal selidik, tinjauan kepustakaan, temu bual dan analisis dokumen dalam pengumpulan data kajian. Hasil kajian mendapati terdapat program pemulihan yang dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIM terhadap OYDS di Negeri Melaka iaitu Kursus Kesedaran dan Penghayatan Islam. Namun, terdapat kelemahan dan kekurangan yang perlu kepada penambahbaikan terutamanya dari segi tenaga pakar yang mahir, tempoh masa dan pengisian aktiviti atau program tersebut. Hasil kajian ini juga mendapati terdapat garis panduan bagi pemulihan yang komprehensif dalam Islam yang merangkumi aktiviti seperti kelas bimbingan, muhasabah, kaunseling dan khidmat masyarakat. Garis panduan ini sebagai rujukan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIM untuk menambahbaik program pemulihan yang dilaksanakan terhadap OYDS di Negeri Melaka. Usaha penambahbaikan di pelbagai sudut perlu dibuat secara berterusan supaya Penguatkuasaan Agama boleh menjadi sebuah agensi yang relevan dan juga dapat memberi implikasi yang baik dalam pembangunan atau pembinaan peribadi OYDS.

Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abu Bakar, Mohd Arif Ariffin
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Abdul Aziz, Azhar
UNSPECIFIED
Advisor
Saidon, Rafeah
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HM Sociology > Social institutions
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Doktor Falsafah (Pengajian Islam Kontemporari)
Keywords: Pentadbiran Melaka, Pemulihan dalam penguatkuasaan jenayah Syariah, Undang-undang.
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124223
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 124223.pdf] Text
124223.pdf

Download (119kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

124223

Indexing

Statistic

Statistic details