Abstract
Guru Pembimbing Kelas Fardu Ain Muallaf (KFAM) berperanan penting mendidik golongan Muallaf agar menjadi seorang mukallaf yang taat, teguh keimanannya dan bermanfaat kepada ummah. Justeru, kaedah dakwah yang digunakan oleh guru pembimbing KFAM sewajarnya berpandukan dari pendekatan-pendekatan dakwah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sebagai qudwah terbaik. Tambahan pula, kini negeri Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran Muallaf yang tertinggi di Malaysia. Artikel ini mengkaji pendekatan dakwah guru pembimbing KFAM di Selangor dan menganalisis pelaksanaan pendekatan dakwah guru pembimbing KFAM tersebut di 4 buah kawasan di negeri Selangor seperti Petaling, Gombak, Kuala Selangor dan Klang. Reka bentuk kajian ini berbentuk kualitatif. Metod pengumpulan data dilakukan melalui kajian kepustakaan yang merujuk sumber primer dan sumber sekunder terdiri dari jurnal akademik, buku penyelidikan, kertas kerja yang khusus membincangkan mengenai pendidikan Muallaf. Temubual semi struktur juga dijalankan terhadap guru-guru pembimbing KFAM. Manakala kaedah analisis data pula menggunakan analisis dokumen berdasarkan data dalam KFAM di kawasan tersebut. Hasil kajian ini mendapati bahawa pelaksanaan pendekatan dakwah yang digunakan oleh guru-guru pembimbing KFAM adalah menepati unsur dakwah Rasulullah SAW dan bersesuaian dengan situasi semasa COVID-19. Sebahagian guru juga mengaplikasikan teknik-teknik yang kreatif dan berkesan bagi melatih Muallaf menjadi mukallaf yang berjaya. Selain itu, kajian ini menjadi rujukan terhadap institusi Lembaga Zakat Selangor sebagai garis panduan terhadap guru-guru pembimbing asnaf Muallaf (GPAM) di Selangor.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad@Yunus, Raba’ahadawiah 2017353139@student.uitm.edu.my Yaacob, Ezani ezani907@uitm.edu.my Yahaya, Amiratul Munirah amiratul@uitm.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Muslim converts B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Muslim converts > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS) |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS) |
| ISSN: | 0128-0902 |
| Volume: | 8 |
| Number: | Issue1 |
| Page Range: | pp. 171-187 |
| Keywords: | Pendekatan dakwah, Guru pembimbing, Muallaf, Selangor |
| Date: | 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124219 |
