Projek advokasi sulam melalui Kecerdasan Buatan (AI)

Mohd Johan, Noor Hilmi and Ismail, Isma Zurriya (2025) Projek advokasi sulam melalui Kecerdasan Buatan (AI). Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Projek SULAM (Service Learning Malaysia–University for Society) merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mengintegrasikan pembelajaran akademik dengan aktiviti berasaskan komuniti. Ia bertujuan melahirkan mahasiswa yang berjiwa manusiawi, peka isu sosial dan memiliki nilai kepimpinan. Sebelum ini, pendekatan SULAM lebih bersifat konvensional seperti syarahan dan seminar. Namun, kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) sejak 2020 telah merevolusikan cara pelajar mengakses dan menyampaikan maklumat. AI membuka ruang kepada aktiviti advokasi yang lebih kreatif dan berimpak. Subjek COM540 (Undang-undang Media, Etika dan Perundangan) menjadi tunjang penerapan AI dalam projek SULAM. Melalui subjek ini, pelajar melaksanakan program komuniti yang selari dengan sukatan pelajaran. Sejak 2020, pelbagai projek berjaya dilaksanakan dengan fokus kepada pendidikan masyarakat, khususnya golongan muda.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 124203.pdf]
Text
124203.pdf
Download (380kB)
Indexing & Metrics