Kecerdasan Buatan (AI) dalam dunia penyiaran di Malaysia

Jafri, Fakrulnizam (2025) Kecerdasan Buatan (AI) dalam dunia penyiaran di Malaysia. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Industri penyiaran memainkan peranan penting dalam pembangunan negara sebagai medium utama maklumat, pendidikan dan hiburan. Dalam era Revolusi Industri Keempat (IR 4.0), teknologi Kecerdasan Buatan (AI) semakin giat diterapkan dalam penyiaran di Malaysia. Stesen seperti RTM, Media Prima dan Astro menggunakan AI untuk mempertingkatkan operasi dan kualiti kandungan. AI membolehkan analisis data besar, pemahaman tingkah laku penonton dan automasi kandungan siaran. Ini membolehkan kandungan disesuaikan mengikut kehendak penonton. Pendekatan baharu ini menggantikan model tradisional “satu berita untuk semua”. RTM juga mempelopori inovasi dengan avatar pembaca berita dan teleprompter pintar. Teknologi ini meningkatkan kecekapan dan profesionalisme penyiaran.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 124198.pdf]
Text
124198.pdf
Download (332kB)
Indexing & Metrics