Liputan media terhadap pelarian etnik Rohingya: perbandingan naratif Malaysia, Indonesia dan NGO antarabangsa

Zakaria, Hairunnisa and Che Mohamad, Amira Suraini (2025) Liputan media terhadap pelarian etnik Rohingya: perbandingan naratif Malaysia, Indonesia dan NGO antarabangsa. e-Journal of Media and Society (e-JOMS), 8 (2). pp. 35-45. ISSN 2682-9193

Abstract

Krisis pelarian etnik Rohingya menjadi isu kemanusiaan dan geopolitik yang mendapat perhatian meluas di peringkat serantau dan antarabangsa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan terhadap artikel berita, laporan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan kenyataan media yang diterbitkan antara tahun 2017 hingga kini. Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu 1) mengenal pasti agenda yang dibawa oleh media Malaysia dalam melaporkan isu pelarian Rohingya; 2) menganalisis perbezaan laporan media Indonesia dan NGO antarabangsa dalam liputan berkaitan; dan 3) menilai pengaruh kandungan dan gaya penulisan media di Malaysia, Indonesia dan NGO antarabangsa dalam membentuk persepsi awam terhadap pelarian Rohingya. Hasil kajian ini mendapati 1) media Malaysia lebih menekankan aspek keselamatan dan beban sosioekonomi, 2) liputan media Indonesia bersifat berhati-hati. Sementara itu, NGO antarabangsa pula menekan Malaysia dan Indonesia melalui wacana hak asasi manusia, khususnya berkaitan dengan layanan terhadap pelarian Rohingya; dan 3) liputan media dipengaruhi oleh konteks politik, budaya dan dasar migrasi masingmasing. Kajian mencadangkan pengukuhan etika kewartawanan dan pendidikan media bagi memastikan liputan yang seimbang dan bertanggungjawab. Selain itu, kerjasama serantau serta dialog antara media, NGO, dan pembuat dasar perlu diperkukuh untuk menangani isu pelarian secara adil dan berasaskan fakta.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zakaria, Hairunnisa
hairunnisazakaria@gmail.com
Che Mohamad, Amira Suraini
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations > Communities
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Refugee problems
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Communication and Media Studies
Journal or Publication Title: e-Journal of Media and Society (e-JOMS)
ISSN: 2682-9193
Volume: 8
Number: 2
Page Range: pp. 35-45
Keywords: Indonesia, Rohingya, Media, NGO, Malaysia
Date: July 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124125
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 124125.pdf] Text
124125.pdf

Download (351kB)

ID Number

124125

Indexing

Statistic

Statistic details