Abstract
Pesta Kaul Mukah 2023 telah diadakan pada 26 April 2023 (Rabu) sehingga 1 Mei 2023 (Isnin) bertempat di Taman Kala Dana, Mukah. Pesta Kaul yang diraikan oleh masyarakat kaum Melanau menandakan telah berakhirnya musim tengkujuh dan juga permulaan kalendar yang dikenali sebagai bulan Pengejin, iaitu pada sekitar bulan Mac dan April pada setiap tahun. Uniknya Pesta Kaul pada zaman dahulu diadakan untuk memohon restu dari penjaga laut, darat, ladang dan hutan supaya mereka tidak terganggu ketika mencari rezeki dan pada masa sekarang, Pesta Kaul diraikan oleh seluruh komuniti Melanau khasnya dengan tidak mengira usia atau agama sebagai salah satu acara keramaian di Mukah. Pesta Kaul ini mampu mengundang ramai pengunjung bukan sahaja dari sekitar Kawasan Mukah, malah dari seluruh pelusuk negeri Sarawak. Ini telah menjadikan Pesta Kaul sebagai salah satu aktiviti wajib di dalam kalendar pelancongan tahunan di Negeri Sarawak. Pesta Kaul merupakan satu daripada keunikan warisan dan kebudayaan masyarakat Melanau di Sarawak. Ia merupakan pesta keramaian yang diadakan secara tahunan sejak dahulu lagi yang pada asalnya merupakan pesta keagamaan bagi masyarakat Melanau “Pagan”. Pesta keramaian yang kebiasaannya diadakan pada bulan April saban tahun di Pantai Kala Dana Mukah ini bagaimanapun terkesan sehingga tidak dapat dilaksanakan selama dua tahun akibat pandemik Covid 19 dan hanya dapat dianjurkan kembali secara besar-besaran pada tahun 2023 dan telah berlangsung dari 26 April 2023 hingga 1 Mei 2023.
Metadata
| Item Type: | Book | 
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Long, Suffina UNSPECIFIED Shamsuddin, Noor Emma UNSPECIFIED Tang, Howe Eng UNSPECIFIED Chik, Yahutazi UNSPECIFIED  | 
        
| Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > Ethnology. Social and cultural anthropology G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > Ethnology. Social and cultural anthropology > Collected ethnographies  | 
        
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Mukah Campus | 
| Keywords: | Kajian impak, Pesta Kaul Mukah, 2023 | 
| Date: | 2025 | 
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124119 | 
				