Program Digital Marketing Empowerment (DiME) 2024

Zainal Ariffin, Muhaniza and Abdul Rahman, Samsuria (2024) Program Digital Marketing Empowerment (DiME) 2024. Accounting Inkwell Quarterly, 3 (1): 12. pp. 33-34. ISSN 3030-5098
Abstract

Digital Marketing Empowerment Programme (DiME 2024) merupakan inisiatif kerjasama di antara Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Negeri Kelantan dan Unit MASMED UiTM Cawangan Kelantan. Ia merupakan kesinambungan bagi Kajian Penjanaan Pendapatan di Kalangan Peserta Miskin Tegar Negeri Kelantan di mana enam (6) siri jelajah telah dijalankan untuk usahawan-usahawan kecil dan miskin dari jajahan Kota Bharu, Bachok, Tanah Merah, Gua Musang, Tumpat dan Jeli. Fasilitator yang dilantik untuk program ini adalah terdiri daripada pensyarah pensyarah UiTM Cawangan Kelantan dengan latar belakang yang pelbagai, bagi memastikan peserta mendapat bimbingan menyeluruh dan pelbagai perspektif mengenai pemasaran digital, termasuk kemahiran teknikal, strategi pemasaran, dan pengurusan perniagaan. Antara modul yang diajar ialah pengetahuan asas tentang pemasaran sifar, pengurusan kewangan dan perakaunan, cara membina kandungan dan copywriting yang berkesan serta mengendalikan LIVE di Tiktok. Dua (2) pensyarah Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kelantan iaitu Puan Muhaniza Zainal Ariffin dan Puan Samsuria Abdul diberikan Rahman telah amanah untuk menyampaikan Modul Perakaunan dan Kewangan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 124045.pdf]
Text
124045.pdf
Download (393kB)
Indexing & Metrics