Abstract
Puan Rosliza Bahari merupakan figura penting di Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kelantan. Mesra dipanggil Kak Liza, beliau telah lama berkhidmat dan mewarnai kampus dengan penuh dedikasi dan kasih sayang. Beliau dilahirkan di Bagan Datoh, Perak, dan seterusnya dibesarkan di Petaling Jaya, Selangor. Perjalanan hidup Kak Liza diwarnai dengan impian yang besar. Dari persisiran pantai Bagan Datoh ke benua Australia, Kak Liza memulakan langkah akademiknya di University of Tasmania dan memperolehi Ijazah Perniagaan. Dengan ilmu yang kian bercambah, beliau seterusnya menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di UiTM Shah Alam. Kak Liza bukan sekadar menggalas tugas sebagai seorang pendidik tetapi juga memegang amanah sebagai seorang ibu kepada tiga orang cahayamata. Bersama suami tercinta, mereka dikurniakan dua orang putera dan seorang puteri. Anak sulong beliau telah mengikut jejak langkah ayahnya dan menjadi seorang doktor perubatan, manakala anak keduanya mengikut jejak langkah Kak Liza dengan memilih laluan di bidang perakaunan dan kewangan. Anak bongsu beliau kini masih menuntut di universiti dan meneruskan tradisi keilmuan yang teguh dalam keluarga mereka. Langkah kerjaya Kak Liza bermula pada 14 Ogos 1995 di UiTM Jengka, di mana beliau menjadi antara perintis bagi program Pra-Perakaunan dan Diploma Perakaunan. Empat tahun di Jengka berlalu dengan penuh bermakna, di mana setiap saat dihabiskan dengan mendidik, membimbing, dan menyemai pengetahuan. Namun, hati beliau terpanggil untuk lebih mendalami ilmu lalu beliau memilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana di UiTM Shah Alam.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Razak, Siti Noor Azmawaty azmawaty588@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Accounting. Bookkeeping > Study and teaching. Research L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Faculty. Teaching personnel |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Accountancy |
| Journal or Publication Title: | Accounting Inkwell Quarterly |
| ISSN: | 3030-5098 |
| Volume: | 3 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 31-32 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Accounting teachers, Education, Professional development |
| Date: | 30 September 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/124044 |
