Kritikan penyiaran: mengapa menonton filem? benarkah untuk menelusuri realiti dan pengalaman yang berbeza

Abdul Ghalim, Shahril Anuar (2025) Kritikan penyiaran: mengapa menonton filem? benarkah untuk menelusuri realiti dan pengalaman yang berbeza. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Menonton filem atau drama merupakan aktiviti santai yang dipengaruhi oleh minat individu dan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Berdasarkan teori komunikasi, media berfungsi sebagai sumber pendidikan, informasi, pemujukan dan hiburan, yang turut membentuk sebab-sebab di sebalik pilihan tontonan seseorang. Filem atau drama bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi juga menyampaikan mesej yang boleh mempengaruhi pemikiran dan emosi penonton. Faktor seperti mengisi masa lapang, menghilangkan tekanan, dan memenuhi hobi adalah antara alasan umum mengapa seseorang menonton. Namun, corak tontonan sebenarnya lebih kompleks dan berbeza mengikut latar belakang serta keperluan emosi setiap individu. Justeru, memahami fungsi dan mesej media dapat memberi gambaran lebih luas tentang kesan tontonan terhadap masyarakat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 124002.pdf]
Text
124002.pdf
Download (725kB)
Indexing & Metrics