Rebellion tentera Mycobacteria

Mohammad, Nurashikin (2021) Rebellion tentera Mycobacteria. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Uhuk,,uhuk..", batuk ayah kian menggila. Sudah berbulan lamanya. Namun, sedari dahulu ayah sememangnya bermusuhan dengan namanya doktor atau hospital. Seolah-olah seperti peribahasa Melayu 'berpatah arang berkerat rotan'. Ayah tidak akan menurut nasihatku mahupun ibu supaya dia pergi mendapatkan rawatan di hospital. Baginya, dia rela mengambil pil-pil yang dibeli di kedai majun atau paling tidak di kedai runcit. Padanya, dia tidaklah sakit. Sekadar batuk-batuk biasa apalah sangat nak dirisaukan. Aku merungut sendirian. Batuknya bukan sekadar biasa. Bunyi nyanyian kerongkongnya yang sempit membuatkan aku sendiri terasa kepedihan anak tekak meskipun bukan aku yang mengalaminya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 123934.pdf]
Text
123934.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics