Abstract
Sering kali kita mendengar perkataan healing sekarang ini. Perkataan ini tidak asing lagi dalam masyarakat terutamanya golongan remaja. Healing adalah proses untuk mengembalikan kesejahteraan dan Kesihatan fizikal dan mental. Setiap individu pasti pernah merasai tekanan dan putus asa. Akibatnya, mereka sukar untuk menjalankan aktiviti harian dengan baik dan cenderung untuk mengelak daripada persekitaran sosial. Oleh itu, jika anda mengalami sesuatu yang mengganggu emosi, anda boleh melakukan healing untuk mengekalkan kesihatan mental yang lebih baik. Ini adalah kerana healing dapat membantu meredakan keresahan dan rasa stress disebabkan oleh pelbagai faktor seperti tekanan kerja, masalah peribadi dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sesetengah individu memandang rendah perkara ini dan menganggap bahawa healing tidak penting serta membazir masa dan wang. Tetapi jika dilihat dari sudut yang lebih dekat, sebenarnya tubuh dan jiwa dalam diri kita juga memerlukan ketenangan. Antara sebab utama perlu healing adalah untuk meringankan beban fikiran. Urusan kerja yang banyak membuatkan fikiran terbeban. Apatah lagi jika urusan kerja tidak stabil atau mengalami kemerosotan, ditambah pula dengan urusan peribadi yang bercampur baur menjadikan pemikiran kita semakin rumit. Oleh itu, berilah ruang dan masa kepada diri sendiri untuk healing. Mungkin selepas healing kita akan dapat berfikir dengan lebih baik untuk mencari jalan penyelesaian. Seterusnya, healing dapat menjaga kesihatan mental. Ada masanya kita akan berasa sangat ‘down’. Jika kita terlalu fokus dan terlalu memikirkan perkara yang membuatkan kita rasa ‘down’ tersebut, ia akan memberi kesan yang sangat bahaya kepada kesihatan mental kita. Jika keadaan ini berlaku, cubalah untuk healing. Melalui healing ini, kita akan lebih menyayangi diri sendiri. Kita akan tahu bahawa badan dan minda kita juga memerlukan rehat. Ketika itulah kita akan tahu betapa pentingnya diri kita dan lebih menyayangi diri sendiri. Namun seseorang itu tidak boleh melakukan healing dengan melakukan perkara-perkara yang tidak membawa manfaat dan yang bertentangan dengan syariat. Islam telah pun mengajar kita pelbagai kaedah untuk healing dan menenangkan fikiran. Antaranya adalah dengan mendirikan solat dengan khusyuk dan dilakukan semata-mata hanya kerana Allah SWT. Selain solat, membaca AlQuran juga merupakan healing terbaik kerana dapat membuka pandangan kita tentang dunia serta dapat menemukan jawapan dari masalah yang sedang kita hadapi. Berzikir juga seharusnya dijadikan amalan supaya kita sentiasa mengingati Allah SWT. Ketika dalam keadaan bersedih, amalan berzikir dapat membantu mengubah pandangan kita secara langsung bahawa setiap masalah dapat dihadapi dengan pertolongan Allah SWT.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Fauzi, Wan Noor Asmuni asmuni@uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Stress (Physiology). Stress management R Medicine > RC Internal Medicine > Stress. Adjustment. Adjustment disorders |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Accountancy |
Journal or Publication Title: | Accounting Inkwell Quarterly |
ISSN: | 3030-5098 |
Volume: | 2 |
Number: | 1 |
Page Range: | p. 22 |
Related URLs: | |
Keywords: | Stress management, Mental healing, Psychotherapy |
Date: | 30 June 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/123922 |