Abstract
Semasa kanak-kanak dahulu orang selalu bertanya, “Nak jadi apa apabila dewasa?”. Jawapan yang sering kita dapat adalah, nak jadi doktor, ‘engineer’, polis, bomba dan cikgu. Soalan ini senang dan ringkas tetapi jawapannya sangat subjektif. Ia bergantung kepada minat, bakat, nilai, dan matlamat hidup seseorang individu. Selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar mempunyai banyak peluang untuk memilih bidang pengajian yang akan membentuk kerjaya mereka. Salah satu bidang yang relevan dan wajar dipertimbangkan oleh pelajar adalah bidang perakaunan. Institut Akauntan Malaysia (MIA) melaporkan negara menyasarkan untuk mempunyai 60,000 profesional perakaunan tetapi kedudukan semasa hanya di bawah 40,000 ahli berdaftar. Profesion sebagai akauntan bertauliah di Malaysia dianggap kritkal kerana masih ramai terutamanya Bumiputera yang tidak melibatkan diri dalam kerjaya ini. Berdasarkan statistik ini, peluang pekerjaan yang luas dalam pelbagai sektor menanti mereka yang tamat pengajian dalam bidang perakaunan. Adakah mereka yang belajar Prinsip Perakaunan semasa mengambil SPM sahaja yang layak belajar atau bekerja dalam bidang ini? Jawapannya TIDAK. Pelajar jurusan lain juga boleh mendaftar kursus perakaunan bermula daripada peringkat Diploma dan seterusnya menyambung ke peringkat yang lebih tinggi. Di Universiti Teknologi Mara (UiTM), graduan Diploma Perakaunan akan menjadi kelayakan asas untuk mendapat pekerjaan dalam bidang perakaunan pada peringkat permulaan. Selepas tamat pengajian diploma, graduan boleh mempertimbangkan untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat Ijazah Perakaunan atau mengikuti kursus profesional perakaunan seperti The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA). UiTM juga menawarkan kursus ACCA Foundation in Accountancy (ACCA FIA) dan Certified Accounting Technician (CAT) di mana ia merupakan kursus profesional yang boleh diambil terus oleh pelajar lepasan SPM (inisiatif lain selain daripada ‘education pathway’ yang biasa). Ia juga dikira sebagai ‘fast track’ untuk menyambung pelajaran di peringkat ACCA.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Zainal Ariffin, Muhaniza muhaniza@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Accounting. Bookkeeping L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Accountancy |
| Journal or Publication Title: | Accounting Inkwell Quarterly |
| ISSN: | 3030-5098 |
| Volume: | 2 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | p. 10 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Accounting, Career development, High school graduates |
| Date: | 30 June 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/123916 |
