Memartabatkan masjid sebagai institusi agama melalui sistem pengurusan kewangan yang sistematik dan tadbir urus yang mantap

Marzuki, Marziana Madah (2024) Memartabatkan masjid sebagai institusi agama melalui sistem pengurusan kewangan yang sistematik dan tadbir urus yang mantap. Accounting Inkwell Quarterly, 1 (1): 11. pp. 28-29. ISSN 3030-5098

Abstract

Masjid merupakan sebuah institusi agama yang dipandang tinggi oleh masyarakat Islam memandangkan masjid adalah pusat ibadat bagi penganut agama Islam. Sejak zaman Rasullullah S.A.W. lagi, masjid bukan sahaja menjadi tempat tumpuan umat Ialam untuk menunaikan kewajipan agama iaitu solat, bahkan masjid telah menjadi pusat penyebaran ilmu dan tempat berkumpul umat Islam untuk mengadakan pelbagai aktiviti keagamaan. Peranan masjid sehingga ke hari ini sangatlah besar dalam agama Islam memandangkan institusi masjid dilihat sebagai satu platform untuk menyatukan umat Islam dan seterusnya memantapkan lagi agama Islam sebagai agama yang sempurna. Dengan berkembangnya peranan masjid pada masa kini, institusi ini telah menerima banyak dana dari pelbagai sumber. Ini kerana persepsi masyarakat terhadap masjid yang dilihat sebagai institusi agama yang berintegriti. Begitu juga dengan barisan pentadbir masjid. Mereka dilihat sebagai orang yang mempunyai integriti yang tinggi kerana latar belakang pendidikan agama yang dimiliki oleh sebahagian pentadbir masjid. Imam masjid terutamanya merupakan mereka yang menerima tauliah dari Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Namun begitu, sebagaimana institusi lain, masjid juga dicemari dengan kes-kes salah laku seperti pecah amanah dan sebagainya. Kes-kes ini sebahagian besar melibatkan pentadbir masjid yang telah diberikan amanah untuk menguruskan dana masjid. Kes terbaru di Johor Bharu contohnya melibatkan pendakwaan kes pecah amanah seorang bekas bendahari masjid di Kampung Sri Machap, Kluang atas kesalahan menyalahgunakan wang milik masjid berjumlah RM12,000 dua tahun lalu (Hashim, 2024). Kes-kes sebegini sedikit sebanyak telah memcemarkan nama baik masjid sebagai pusat agama Islam yang sangat dipandang tinggi. Kes-kes sebegini telah menunjukkan betapa pentingnya pengurusan kewangan yang sistematik di kalangan masjid. Pengurusan kewangan masjid sehingga kini dipandang ringan kerana persepsi masyarakat yang menganggap masjid sebagai pusat agama yang ditadbir oleh mereka yang berlatarbelakangkan agama yang tidak mungkin terlibat dengan kes-kes salah laku ini. Ia juga dipandang ringan kerana masjid tidak berkewajipan untuk menyediakan pelaporan kewangan yang perlu diaudit oleh badan-badan tertentu. Sedangkan masjid-masjid terutamanya masjid-masjid di bandar mempunyai dana yang sangat banyak hasil sumbangan orang ramai. Dana-dana ini merupakan dana yang dipertanggungjawabkan oleh orang ramai kepada masjid untuk digunakan bagi kepentingan masyarakat setempat dan umumnya.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Marzuki, Marziana Madah
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Mosques. Monasteries
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Accountancy
Journal or Publication Title: Accounting Inkwell Quarterly
ISSN: 3030-5098
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 28-29
Related URLs:
Keywords: Religious institutions, Islamic religious leadership, Financial accountability in religious organization
Date: 24 April 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/123787
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 123787.pdf] Text
123787.pdf

Download (69kB)

ID Number

123787

Indexing

Statistic

Statistic details