Bab 07: nukilan ilmiah dan anugerah

Lim, Seng Boon and Adzhar, Noradzsyiah and Hamzah, Muhammad Ikhwan (2024) Bab 07: nukilan ilmiah dan anugerah. Travelog: Jelajah Kota Medan, Indonesia: The International Summer Course Architecture USU 2023. pp. 93-118. ISSN 978-967-2776-29-1
Abstract

Pada sesi pertama pembelajaran pula, kami terlebih dahulu diberikan pencerahan oleh Pengarah Program ISCA USU 2023, Dr Isnen Fitri, bahawasanya warisan merupakan pusaka dari zaman silam, yang kita nikmati dalam kehidupan hari ini, dan yang akan kita sampaikan kepada generasi-generasi akan datang. Ia bagaikan muka-muka halaman sebuah novel kehidupan, penuh dengan cerita dan pengalaman yang membentuk perjalanan kita melalui masa lalu. Seperti dalam setiap babak yang menarik dalam novel, warisan ini memberikan makna dan latar belakang kepada identiti kita. Kami kagum dengan penjelasan yang cukup bermakna itu, seolah kecintaan terhadap warisan berputik kembali di dalam jiwa dan raga kami saat mendengarkan percerahan Dr. Isnen tempoh hari.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 123778.pdf]
Text
123778.pdf
Download (12MB)
Indexing & Metrics