Abstract
Projek Inovasi Rak Semarak Ilmu merupakan salah satu usaha dalam mewujudkan tempat alternatif bagi mendapatkan bahan bacaan tambahan selain daripada bahan bacaan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah serta menyemai budaya cintakan ilmu tanpa batasan waktu. Projek Inovasi ini banyak memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Ia juga menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam melalui kitar semula. Projek ini juga turut memberi impak yang amat besar kerana dapat membantu mengurangkan masalah pencemaran dan menyelamatkan alam sekitar. Ia juga mampu memupuk sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat dan menceriakan persekitaran melalui pengubahsuaian terhadap bahan sedia ada. Disamping itu, ia juga dapat menjana sumber pendapat sekiranya dikomersialkan. Projek ini menggunakan hamper 85 peratus bahan yang dikitar semula dengan menjadikan kertas keras di dalam gulungan kain dan tikar getah serta kayu terpakai yang tidak bernilai menjadi berguna kepada manusia. Bahan-bahan yang digunakan merupakan bahan yang amat mudah didapati dan kos pembuatan projek ini sangat kecil.Projek ini berhasil membantu mengurangkan lambakan kertas keras di dalam gulungan kain dan tikar getah serta kayu terpakai daripada terbiar dan terbuang begitu sahaja. Ia berupaya membantu para guru menyelesaikan masalah ruang terhad dalam menyediakan sudut bacaan sebagai tempat alternatif pelajar menimba ilmu di dalam kelas. Rak mudah alih ini menjadikan sudut bacaan tampak lebih tersusun dan menarik.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ariffin, Arlina UNSPECIFIED Abdul Wahab, Muhammad Adli Wafi UNSPECIFIED Rezuan, Muhammad Naufal UNSPECIFIED Muhammad Azli, Nur Ain Husna UNSPECIFIED Shohairin, Amni Zahra UNSPECIFIED |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Creative ability in technology Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z Book (General). Writing. Paleography. Book industries and trade. Libraries. Bibliography > Libraries |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Information Management |
| Page Range: | p. 18 |
| Keywords: | Rak Ilmu, Tempat alternatif, Mesra alam, and Mudah alih |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/123776 |
