Abstract
Kursus Standard ISO & COPIA, Pengauditan dan PRO-PENS telah dijalankan di UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah pada 11 hingga 12 April 2018 bertempat di Bilik Seminar Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP). Kursus Standard ISO & COPIA mensasarkan seramai 45 penyertaan daripada kalangan staf bukan akademik dan staf akademik bagi memberikan gambaran lebih jelas tentang perlaksanaan proses pengauditan. Seramai tiga orang penceramah telah dijemput dari UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan untuk memberikan kursus kepada semua warga kampus Mukah iaitu Encik Yussri Sawani selaku Ketua Unit Kualiti, Cik Dayang Nazari selaku Ketua Sistem Audit dan Dr. Norlina Mohamed Noor selaku Pengerusi PRO-PENS UiTM Cawangan Sarawak. Pada hari kedua kursus, 12 April 2018, Dr. Norlina Mohamed Noor memberikan taklimat tentang proses perlaksanaan PRO-PENS kepada semua pensyarah di Kampus Mukah. Moga dengan pendedahan ini, akan dapat membantu Kampus Mukah dalam perlaksanaan prosedur kerja dengan lebih efektif dan berkesan.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Daneil, Imelia Laura UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM Sarawak Bulletin |
| ISSN: | 2232-1578 |
| Keywords: | standard, audit |
| Date: | July 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/123734 |
