Abstract
Pada 6 Ogos 2025, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam terus menyemarakkan gelombang semangat patriotisme dengan menganjurkan Program Jalan-Jalan Kemerdekaan sempena Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat UiTM Tahun 2025. Program yang berlangsung ini berjaya menghimpunkan warga universiti daripada pelbagai lapisan dalam suasana penuh warna-warni dan sarat dengan semangat nasionalisme. Dengan mengetengahkan pendekatan suasana santai dan sihat, program ini turut menyokong inisiatif Kempen Berjalan 10,000 Langkah UiTM, yang bertujuan menggalakkan gaya hidup aktif serta memelihara kesejahteraan fizikal dan mental dalam kalangan warga kampus. Bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, program dimulakan seawal jam 7.40 pagi bertempat di Parkir Stadium, UiTM Shah Alam. Majlis pembukaan diserikan dengan kehadiran YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, FASc, Naib Canselor UiTM, yang turut menympaikan ucapan. Dalam ucapan, beliau menekankan kepentingan menanam semangat cintakan negara dalam kalangan warga kampus sebagai asas kepada pembentukan jati diri dan perpaduan nasional. Beliau turut menggalakkan warga menzahirkan semangat cintakan negara melalui pengibaran Jalur Gemilang di pejabat, di kediaman masing – masing serta pada kenderaan masing-masing sebagai simbolik kebanggaan dan kesetiaan pada tanah air. Program diteruskan dengan acara senamrobik sebagai aktiviti pemanas badan sebelum pelepasan rasmi “Flag-Off” aktiviti Jalan-Jalan Kemerdekaan sejauh 4.5 kilometer yang merentasi sekitar kampus. Laluan ini merangkumi tiga Pit-Stop Merdeka yang sarat dengan pengisian bermakna seperti berikut: Hentian 1 (Kolej Seroja) – Laungan “Merdeka!” bergema lantang, mengimbau semngat dan pejuang kemerdekaan tanah air, Hentian 2 (Air Terjun Canseleri) – Laungan “Saya Anak Malaysia” disusuli dengan pertandingan pakaian patriotik terbaik, memperlihatkan semangat nasionalisme dan kreativiti peserta, Hentian 3 (Kolej Melati) – Peserta menurunkn tandatangan pada Kanvas Jiwa Merdeka sebagai simbolik sokongan dan kecintaan terhadap tanah air.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Bahagian Hal Ehwal Islam UNSPECIFIED |
| Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z Book (General). Writing. Paleography. Book industries and trade. Libraries. Bibliography > Libraries > Collections Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography > The collections. The books |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Bahagian Hal Ehwal Islam |
| Journal or Publication Title: | Buletin Jiwa Muttaqin |
| Keywords: | Buletin, Jiwa Muttaqin, BHEI, Kemerdekaan |
| Date: | August 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/123720 |
