Bahasa Mandarin untuk Pengurusan Hotel dan Pelancongan (1)

Soo, Yew Phong and Gan, Kiat Chien and Wee, Sheau Ping and Lai, Yuh Ying and Cindy, Richard Thing (2025) Bahasa Mandarin untuk Pengurusan Hotel dan Pelancongan (1). UiTM Press, Universiti Teknologi MARA (UiTM). ISBN 978-629-496-109-8
Abstract

Bahasa Mandarin Komprehensif untuk Pengurusan Hotel dan Pelancongan (1) diterbitkan khusus untuk para pelajar bukan penutur jati ataupun individu-individu yang berkhidmat dalam bidang pengurusan hotel dan pengurusan pelancongan. Buku ini menawarkan konsep-konsep pembelajaran bahasa Mandarin khas untuk bidang tersebut selepas mereka menguasai komunikasi asas bahasa Mandarin. Pelajar akan didedahkan dengan aspek komunikasi bahasa Mandarin yang berlaku dalam konteks perhotelan melalui watak-watak yang direka dalam bentuk perbualan. Antara topik menarik yang akan dipelajari termasuklah menawarkan pakej pelancongan, menempah bilik hotel, berurusan di kaunter hotel, mencadangkan aktiviti pelancongan, memberi perkhidmatan kepada tetamu hotel, mengesyorkan tempat pelancongan yang terkenal di Malaysia, serta mempromosikan makanan, produk tempatan, dan sebagainya. Pelbagai jenis aktiviti bahasa turut ditawarkan melalui imbasan kod QR di mana pelajar boleh mendengar dialog, menulis aksara Cina, dan melakukan latih-tubi tatabahasa. Kandungan buku ini bukan sahaja ditulis dalam bahasa Mandarin, malahan terjemahan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris turut disediakan bagi memudahkan pemahaman para pelajar, khususnya mereka yang menggunakan buku ini sebagai bahan pembelajaran secara kendiri.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 123020.PDF]
Text
123020.PDF
Download (2MB)
Indexing & Metrics