Abstract
Dengan pendekatan holistik, KeMPA kali ini bukan sahaja menekankan aspek motivasi diri dan kecemerlangan akademik, tetapi turut merangkumi elemen kebudayaan, kerohanian, dan kesukanan yang menjadi teras pembangunan pelajar seimbang. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Muhamad Syukrie bin Haji Abu Talip, selaku Ketua Pusat Pengajian Sains, Perladangan dan Agroteknologi, yang menyifatkan KeMPA sebagai medan penting untuk membentuk pelajar yang bukan sahaja cemerlang di bilik kuliah, malah berdaya tahan dalam pelbagai cabaran dari aspek kerjaya masa hadapan dan kehidupan. "Kami mahu melahirkan graduan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Program seperti KeMPA inilah yang membekalkan pelajar dengan suntikan motivasi dan jati diri untuk terus maju ke hadapan," kata beliau dalam ucapan perasmiannya.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Sulaiman, Muhamad Nasarudin UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Mukah Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM Mukah Bulletin: Inou Dengah UiTM Mukah? |
| ISSN: | 2976-257X |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Kem motivasi, Pemantapan Akademik, KeMPA, UiTM Kampus Mukah |
| Date: | 4 July 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/122930 |
