Hub digital, Universiti Malaysia Perlis

Alawi, Mohd Shahrul Annuar and Man, Siti Assma and Md Isa, Ahmad Farid and Mat Isa, Mariayati (2018) Hub digital, Universiti Malaysia Perlis. In: International Innovation & Design in Library & Information Science Compelition. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, pp. 1-2. ISBN 9773030607006

Official URL: https://infomgtkdh.wixsite.com/indelib/publication

Abstract

Universiti Malaysia Perlis mengamalkan konsep Kampus Teragih semenjak penubuhannya pada tahun 2002. Ia memberi implikasi dan cabaran kepada Perpustakaan UniMAP untuk memastikan sumber maklumat, kemudahan dan perkhidmatan berjaya disalurkan secara berkesan kepada komuniti UniMAP yang bertaburan di seluruh Negeri Perlis. Perpustakaan UniMAP tiada pilihan selain mengoptimakan sumber dan perkhidmatan elektronik yang ditawarkan melalui laman sesawang perpustakaan dan universiti. Senario ini menyumbang kepada kecenderungan sumber maklumat dalam format elektronik berbanding konvensional di Perpustakaan UniMAP. Pada tahun 2012, Perpustakaan UniMAP mengembangkan perkhidmatan dan sumber elektronik melampaui platform laman sesawang. Hub Digital pertama dalam ekosistem pendidikan tinggi awam telah dibangunkan di Kampus UniCITI Alam, Sungai Chucuh, Padang Besar. Memanfaatkan tiga unit rumah kedai dengan keluasan 402.87 meter persegi, Hub Digital UniMAP menawarkan akses kepada koleksi, kemudahan dan perkhidmatan digital tanpa kehadiran elemen konvensional. Hub Digital UniMAP menawarkan akses kepada 2.4 juta bahan monograf elektronik, 11,000 judul jurnal elektronik dan 60,000 item digital mengandungi maklumat tempatan. Selain itu, Hub Digital UniMAP membangunkan sumber elektronik koleksi buku teks yang dimanfaatkan oleh warga akademik dan pelajar sebagai bahan rujukan kursus. Koleksi ini berkembang selaras dengan perkembangan program pengajian berorientasikan TVET di UniMAP. Berkonsepkan kampus alam, plug and play dan memenuhi konsep Library as Place, Hub Digital UniMAP merekodkan statistik penggunaan berjumlah 28,528 transaksi dengan bilangan akses kepada sumber elektronik berjumlah 32,787 muat turun.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Alawi, Mohd Shahrul Annuar
shahrul@unimap.edu.my
Man, Siti Assma
UNSPECIFIED
Md Isa, Ahmad Farid
UNSPECIFIED
Mat Isa, Mariayati
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > T Technology (General) > Technological change
T Technology > T Technology (General) > Information technology. Information systems
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Information Management
Page Range: pp. 1-2
Keywords: Hub digital, Sumber elektronik, Perpustakaan digital
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/122793
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 122793.pdf] Text
122793.pdf

Download (3MB)

ID Number

122793

Indexing

Statistic

Statistic details