Abstract
Program Kelestarian Taman Herba Berjaya dianjurkan oleh Persatuan D’Herbalists pada 5 Januari yang lalu. Penasihat Persatuan D’Herbalists, Cik Nurul Syahirah Mansur bersama 31 orang pelajar yang terdiri daripada semester 1 dan 3 program Diploma Teknologi Pengeluaran Herba (AT122) telah terlibat dalam program ini. Program bermula dengan taklimat ringkas mengenai keselamatan dan tugas oleh Cik Nurul Syahirah sebelum aktiviti membersihkan Taman Herba bermula. Antara aktiviti yang dijalankan oleh pelajar adalah membiakkan pokok kesum dan bayam brazil melalui keratan batang, mencabut rumpai, menanam pokok pandan, memberi baja kepada pokok serta menyiram pokok. Melalui program ini, pelajar dapat mengenali pelbagai tanaman herba di Taman Herba, mengeratkan kerjasama antara pelajar semester 1 dan 3 serta memupuk perasaan cinta pelajar terhadap tumbuhan herba dan alam sekitar.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mansur, Nurul Syahirah UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Mukah Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM Mukah Bulletin: Inou Dengah UiTM Mukah? |
| ISSN: | 2976-257X |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Taman Herba, Persatuan D'Herbalists, UiTM Kampus Mukah |
| Date: | 4 July 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/122791 |
