Selamat Hari Raya

Abd Rahman, Nor Hanim (2025) Selamat Hari Raya. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan inayah-Nya yang mengizinkan kita menyempurnakan ibadah Ramadan dan kini menyambut bulan Syawal yang penuh keberkatan. Syawal bukan sekadar bulan kemenangan setelah sebulan berpuasa, tetapi juga bulan untuk kita memperkukuhkan ukhuwah, mengeratkan silaturahim, dan saling bermaafan atas segala kekhilafan. Dengan penuh rasa syukur, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Jabatan Sains Komputer dan Matematik. Taqabbalallahu minna wa minkum - semoga Allah menerima segala amal ibadah, doa, dan usaha kita semua. Semoga Syawal ini menjadi detik untuk kita terus menyuburkan kasih sayang, memperkukuh perpaduan, serta meningkatkan keikhlasan dalam setiap urusan kehidupan. Dalam kegembiraan menyambut Syawal, marilah kita terus menanamkan rasa syukur dan saling menghargai nikmat ukhuwah fillah yang Allah anugerahkan kepada kita. Jabatan ini berkembang dan maju hasil usaha gigih, dedikasi, serta keikhlasan setiap warga kerja yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik. Sesungguhnya setiap usaha yang dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah akan menjadi amal jariah yang berkekalan pahalanya. Saya amat menghargai semangat kebersamaan yang kita pupuk, serta sikap saling membantu yang menjadi tunjang kekuatan kita sebagai satu keluarga besar dalam jabatan ini. Dalam kemeriahan Aidilfitri ini, janganlah kita lupakan mereka yang kurang bernasib baik, yang mungkin tidak berpeluang meraikannya bersama keluarga atau dalam keadaan yang serba kekurangan. Marilah kita panjatkan doa agar mereka juga dikurniakan kegembiraan dan keberkatan Syawal. Semoga bulan yang mulia ini menjadi titik permulaan bagi kita untuk terus memperbaiki diri, meningkatkan keimanan, dan mempererat hubungan sesama insan. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Rahman, Nor Hanim
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abu Mansor, Siti Nurleena
UNSPECIFIED
Chief Editor
Othman, Jamal
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Keywords: Selamat Hari Raya Aidilfitri, Perpaduan, Ukhuwah
Date: March 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/122766
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 122766.pdf] Text
122766.pdf

Download (3MB)

ID Number

122766

Indexing

Statistic

Statistic details