Penggunaan troli transit bersistematik bagi memudahkan proses penyusunan buku oleh pustakawan

Satari, Suhaini and Ab Rahman, Nur Khairunnisa and Seman, Nurdiana and Poon, Yi Jing and Zaludin, Nurul Atiah Ayunni (2017) Penggunaan troli transit bersistematik bagi memudahkan proses penyusunan buku oleh pustakawan. In: International Innovation & Design in Library & Information Science Compelition. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 76. ISBN 9773030607006

Official URL: https://infomgtkdh.wixsite.com/indelib/publication

Abstract

Inovasi ini dinamakan Troli Transit Bersistematik yang dicipta untuk menangani masalah kekangan waktu menyusun buku oleh pustakawan bertugas pada waktu rehat disebabkan oleh waktu rehat yang pendek bagi satu sesi. Penggunaan perpustakaan yang aktif juga memerlukan penyusunan buku yang pantas. Bilangan troli yang terhad dan sentiasa penuh menyebabkan lambakan buku yang tidak disusun. Sebelum ini, proses penyusunan buku mengambil masa yang agak lama kerana buku perlu diasingkan terlebih dahulu mengikut Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey sebelum dibawa ke rak buku untuk disusun. Maka, inovasi ini dicipta bagi memudahkan pustakawan bertugas menyusun buku yang telah digunakan oleh pelajar dengan lebih efisien dan cepat. Troli ini diletakkan berhampiran pintu utama perpustakaan SMK Layang-Layang dan telah mula diaplikasikan pada bulan April 2017. Ia melibatkan 50 orang pustakawan yang bertugas pada setiap hari persekolahan. Kesan daripada inovasi ini, kami mendapati bahawa masalah lambakan buku di dalam troli dapat diselesaikan dan buku dapat disusun dengan lebih cepat. Lebih ramai pustakawan boleh bertugas menyusun buku dalam satu-satu masa dengan mengendalikan bakul masing-masing. Penggunaan perpustakaan juga lebih aktif dan kemas. Perubahan pada pelajar juga dapat dilihat apabila mereka lebih berdisiplin dan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Satari, Suhaini
UNSPECIFIED
Ab Rahman, Nur Khairunnisa
UNSPECIFIED
Seman, Nurdiana
UNSPECIFIED
Poon, Yi Jing
UNSPECIFIED
Zaludin, Nurul Atiah Ayunni
UNSPECIFIED
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library buildings. Library architecture
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Personnel. Librarians
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Information Management
Page Range: p. 76
Keywords: Cepat, Kemas, Efektif, Jimat, Perpustakaan
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/122707
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 122707.pdf] Text
122707.pdf

Download (401kB)

ID Number

122707

Indexing

Statistic

Statistic details