Abstract
Transkrip ini mengandungi temu bual bersama Encik Amir Hussain bin Mohd Ishak mengenai pengalaman dan penglibatan beliau dalam dunia perpustakaan. Temu bual ini telah dijalankan di kediaman beliau di 131, Jalan Makmur, Taman Mulia, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur, pada 21 Mei 2015 bermula jam 12:00 tengah hari. Beliau merupakan bekas Ketua Pustakawan di Perpustakaan Sultan Abdul Samad di Universiti Putra Malaysia dan juga merupakan alumni Fakulti Pengurusan Maklumat yang telah banyak menyumbang dan menaikkan nama fakulti. Selain itu, transkrip ini juga menceritakan sumbangan dan pencapaian beliau dalam bidang Pengurusan Maklumat. Beliau juga menceritakan bagaimana beliau menaikkan nama Perpustakaan Sultan Abdul Samad sebagai perpustakaan cemerlang bagi kategori perpustakaan besar. Selain itu, beliau juga turut memberikan pandangan dan nasihat beliau mengenai pengurusan perpustakaan di Malaysia.
Metadata
| Item Type: | Oral History |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Jailani, Mohammad Dzulbari 2013124027 Razali, Megat Αzman Syariffaddeen 2013921995 |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Ramsi, Mohd Faizal UNSPECIFIED |
| Subjects: | C Auxiliary Sciences of History > CT Biography D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
| Keywords: | Amir Hussain bin Mohd Ishak, Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, Fakulti Pengurusan Maklumat, Pengurusan perpustakaan |
| Date: | 2015 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/122631 |
