Abstract
Matlamat utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar mengenai kepentingan pengurusan kewangan peribadi dan strategi pelaburan bijak, selaras dengan usaha membentuk generasi belia yang celik kewangan serta berupaya membuat keputusan kewangan yang bijak dan berhemah. Pada sesi pagi, para pelajar telah terlibat secara aktif dalam simulasi permainan Cash Flow Game, iaitu satu kaedah pembelajaran berasaskan permainan yang menyeronokkan tetapi penuh dengan elemen pembelajaran. Melalui permainan ini, pelajar diuji dalam membuat keputusan kewangan berdasarkan senario dunia sebenar, termasuk pengurusan pendapatan, perbelanjaan, aset, dan liabiliti. Aktiviti ini menuntut pelajar untuk berfikir secara kritikal, menganalisis risiko, dan merancang strategi kewangan jangka panjang secara realistik.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Shamsuddin, Noor Emma UNSPECIFIED Sa’ait, Noraini UNSPECIFIED Nyandang, Joycelyne UNSPECIFIED Mejri, Norazimah UNSPECIFIED Yakub, Shaffaridzuan UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Mukah Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM Mukah Bulletin: Inou Dengah UiTM Mukah? |
| ISSN: | 2976-257X |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Pendidikan kewangan, Belia, Celik kewangan, Generasi muda |
| Date: | 4 July 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/122620 |
