Memupuk budaya keusahawanan di kalangan remaja

Sulong @ A. Rashid, Ruzaidah and Mohd Noor, Hasmida and Hamzah, Siti Fatimah Mardiah and Mohamed Nor, Raslina and Mat Salleh, Suzila and Ali, Noor Malinjasari (2024) Memupuk budaya keusahawanan di kalangan remaja. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Perkembangan dan kecanggihan teknologi masa kini telah sedikit sebanyak mempengaruhi gaya hidup masyarakat dalam mengendalikan kehidupan seharian. Kebanyakan urusan urusan peribadi yang penting seperti urusan pembayaran bil, pemindahan wang antara bank, pembaharuan lesen-lesen perniagaan atau kenderaan, kaedah pembelajaran dan pengajaran dalam sesetengah institusi pendidikan, urusan di pejabat-pejabat Kerajaan dan sebagainya dibuat secara atas talian. Selari dengan kecanggihan dan ketersediaan teknologi dan aplikasi, ianya turut membuka ruang kepada usahawan untuk mempelbagaikan kaedah pemasaran di mana pelbagai platform media sosial seperti facebook, Instagram, tiktok, whatsapp, wechat, dan lain-lain digunakan untuk mempromosikan produk mereka dengan lebih efektif dan objektif. Ini menyaksikan lebih ramai usahawan terutama golongan muda yang berjaya menggunakan sepenuhnya kemahiran dalam bidang ICT kerana mereka dapat memperkenalkan dan mempromosikan produk mereka dengan mudah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 122225.pdf]
Text
122225.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics