Bengkel Kelestarian UiTM 2019

UiTM, Korporat UiTM (2019) Bengkel Kelestarian UiTM 2019. Bulletin. Corporate Communications Department, Shah Alam.

Abstract

Selari dengan amanat YBhg. Prof Emeritus Dato Dr Hassan Said tahun 2018 yang bertemakan "Inovasi dan Kemampanan Memacu Kecemerlangan Global", satu jawatankuasa kelestarian di peringkat UITM telah ditubuhkan untuk menjadi tonggak kepada usaha kemampanan universiti. Sebagai usaha awal dalam menggalas tanggungjawab yang amat besar ini, satu bengkel kelestarian telah dilaksanakan bertempat di hotel The Pines, Melaka pada 11 hingga 13 Januari 2019. Seramai 40 orang peserta yang terdiri dari para ahli jawatankuasa induk serta ahliahli jawatankuasa kecil telah hadir untuk meneliti secara keseluruhan inisiatif serta aktiviti - aktiviti yang berkaitan dengan agenda kelestarian di seluruh sistem UITM, jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk mengenal pasti tahap pencapaian kelestarian semasa yang telah berlangsung di UITM. Sebelum bengkel bermula, pengerusi jawatankuasa kelestarian UITM, Prof Dr Zakiah Ahmad bersama Rektor UiTM Melaka, Datuk Prof. Madya Sabariah Binti Hj. Mahat beserta sebahagian rombongan telah berpeluang untuk mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Menteri Melaka untuk bertukar-tukar idea dan melihat peluang untuk menjalinkan kerjasama pintar antara pihak kerajaan negeri Melaka dengan UITM dalam hal yang berkaitan dengan inisiatif kelestarian.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Korporat UiTM
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Journal or Publication Title: salam@uitm
ISSN: 2682-7794
Keywords: Bengkel Kelestarian UiTM 2019, Korporat UiTM, Kampus Shah Alam
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/122197
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 122197.pdf] Text
122197.pdf

Download (2MB)

ID Number

122197

Indexing

Statistic

Statistic details