Abstract
Shah Alam, 9 Januari 2019-Prof. Emeritus Dato' Dr Hassan Said, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UITM) hari ini telah merasmikan Kenderaan Tujuan Khas: Penyelamat Kecemasan Bergerak UITM (Special Purpose Vehicle: UITM Emergency Mobile Rescue (UEMR)), yang merupakan bas pertama di Universiti Awam menggunakan sepenuhnya konsep dan kelengkapan seperti bilik kecemasan berdasarkan Garis Panduan Perkhidmatan Kecemasan dan Ambulans oleh Fasiliti Kesihatan Primer. Reka bentuk kenderaan ini adalah sama seperti bas penumpang yang lain namun perbezaannya adalah inovasi dari segi modifikasi lantai yang direndahkan bagi memudahkan pesakit dari kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan penggunaan stretcher semasa memindahkan pesakit. Kelebihan utama UEMR adalah kepada ruang kerja yang luas dan kondusif serta mempunyai bilik yang berasingan dengan penumpang bagi memastikan pematuhan kawalan jangkitan silang terutama yang di bawa oleh udara dan cecair badan.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Korporat UiTM UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | salam@uitm |
| ISSN: | 2682-7794 |
| Keywords: | UiTM, lancar bas penyelamat kecemasan, universiti awam |
| Date: | 2019 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/122164 |
