Abstract
30 Januari 2019 bertempat di Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam telah berlangsungnya Luncheon Talk bersama YABhg. Tun Daim Zainuddin, Mantan Pengerusi Majlis Penasihat kerajaan yang bertemakan Atmosfera Ekonomi Bumiputera Masa Hadapan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman dan pandangan berhubung survival ekonomi bumiputera masa kini. YABhg. Tun Daim telah berkongsi pandangan dan idea baru secara konstruktif di samping mengenal pasti fokus bidang pertumbuhan baru untuk diceburi oleh bumiputera. Majlis ini telah dianjurkan oleh Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPАК) dengan kerjasama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dan Yayasan Budiman. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg. Prof. Emeritus Dr. Hassan Said, Naib Canselor, Pengurusan Tertinggi UiTM dan juga tetamu kehormat yang lain.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) | 
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Korporat UiTM UNSPECIFIED | 
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works | 
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department | 
| Journal or Publication Title: | salam@uitm | 
| ISSN: | 2682-7794 | 
| Keywords: | Luncheon Talk, Yabhg. Tun Daim Zainuddin, Salam@UiTM | 
| Date: | 2019 | 
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/122140 | 
 
				
![[thumbnail of 122140.pdf]](https://ir.uitm.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
 
		