Abstract
31 Januari 2019 bertempat di Dewan Sri Bestari Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam telah berlansungnya Majlis Sanjungan Budi YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Hassan Said, Naib Canselor UiTM. Beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor UITM dari Februari 2016 sehingga 31 Januari 2019. Banyak pencapaian yang membanggakan telah dicapai sepanjang beliau berada di UITM dan beliau adalah pemacu ketampakan global UiTM. Kejayaan seperti pelancaran satelit pertama milik universiti yang dikenali sebagai UiTM-SAT1, mencetus idea untuk menjai satu-satunya universiti yang memiliki solar farm, mengabungkan kepakaran daripada 4 fakulti untuk projek UiTM Autonomous Vehicle, memperkenalkan laluan khas untuk pelajar lepasan tahfiz bagi mengikuti pengajian di UiTM dan banyak lagi sumbangan besar beliau yang lain. Majlis ini dilangsungkan bagi menghargai jasa beliau selama 3 tahun di UITM. Video montaj dan pameran khas untuk beliau juga telah dibuat oleh Bahagian Canseleri dan Komunikasi Korporat (BCKK) bagi mengenang kembali aktivitiaktiviti dan kejayaan beliau di UiTM.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Korporat UiTM UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | salam@uitm |
| ISSN: | 2682-7794 |
| Keywords: | Majlis sanjungan budi, YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Hassan Said, Salam@UiTM, eBuletin |
| Date: | 2019 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/122134 |
